Tujuh kelab Liga Super lulus Lesen Kebangsaan dan Lesen Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), sementara Kelantan Real Warriors pula gagal memenuhi enam kriteria yang ditetapkan di bawah Peraturan Pelesenan Kelab Malaysia Football League (MFL) Edisi 2025-2026.
First Instance Body (FIB) mengesahkan Johor Darul Ta'zim (JDT), Kuching City Selangor, Terengganu, Negeri Sembilan, Penang dan Sabah telah memenuhi syarat kitaran pelesenan 2025-2026 daripada segi sukan, infrastruktur, personel dan pentadbiran, perundangan, kewangan dan perniagaan.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas Mesyuarat Jawatankuasa FIB Pelesenan Kelab MFL sebentar tadi itu juga menjelaskan Imigresen, Melaka, Kuala Lumpur (KL) City dan PDRM diberikan Lesen Kebangsaan dengan sanction berdasarkan Artikel 8.2 Peraturan Pelesenan Kelab MFL (MFL CLR).
KL City dan PDRM turut dikenakan denda RM45,000 di bawah Artikel 8(f) MFL CLR.
Empat kelab daripada Liga Bolasepak Amatur (AFL) A1 iaitu Kelantan Red Warrior, UM Damansara United,Armed Forces dan Bunga Raya diberikan Lesen Kebangsaan Luar Biasa dengan merujuk kepada Artikel 15 untuk Kitaran Pelesenan Kelab MFL 2025-2026/