Skip to main content

Bola Sepak

Lelaki ketiga terkaya dunia buat Liverpool resah

kkkk

Kesatuan Penyokong Liverpool dikenali sebagai Spirit of Shankly mendedahkan bahawa Liverpool hanya bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan kumpulan itu sekiranya rancangan pelaburan terbaharu mencapai peringkat formal.

Perbincangan dengan konsortium -- yang diketuai oleh bekas pengarah Queens Park Rangers, Amit Bhatia, dan merangkumi pemilik Amazon, Jeff Bezos, -- mengenai 30 peratus pegangan saham dalam Liverpool FC yang membabitkan nilai £1.4 bilion (RM7.74b) kini sedang hangat berlangsung.

"Laporan mengenai jualan 30 peratus dan konsortium yang ditubuhkan untuk membeli saham tersebut adalah berita mustahak (bagi kami).

"Pemilikan dan kawalan kelab adalah penting. Kami telah menyaksikan penjualan serupa di kelab lain yang mengakibatkan perubahan ketara dalam hala tuju kelab dan operasi bola sepak mereka, hingga membawa kepada keputusan dan tingkah laku yang ramai tidak mahu lihat ia terjadi di Liverpool.

"Kelab telah membalas dengan mengatakan bahawa jika ada yang perkembangan yang lebih formal, mereka bersedia untuk bertemu dengan penyokong. Setakat ini, kami tidak mempunyai maklumat lanjut tetapi akan terus memaklumkan ahli kelab," menurut kesatuan penyokong itu.

Bezos disenaraikan Forbes sebagai individu ketiga terkaya di dunia dengan anggaran nilai £207 bilion (RM1.1143 trilion), sementara Saverin bernilai £24 bilion (RM132 bilion).

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Related Topics

Must Watch Video