Pemain sayap kelahiran Saitama, Jepun, Shuki Itofusa, dilaporkan bakal memperkuatkan skuad kebangsaan Bangladesh sebagai pemain warisan menjelang Piala ASEAN FIFA 2026.
Pemain sayap berusia 22 itu dilaporkan mempunyai darah keturunan Jepun-Bangladesh susulan menerusi bapanya sekali gus boleh mewakili skuad senior kendalian Thomas Dooley.
MENJELANG FIFA ASEAN CUP 👀
Bangladesh berkemungkinan (jika sempat) akan mendapatkan pemain warisan kelahiran Saitama, Jepun, Shuki Itofusa.
Bapanya dari Bangladesh. Penyerang berusia 22 tahun ini menyertai Fortis FC yang bakal beraksi di AFC Challenge League musim ini. pic.twitter.com/Y6VuX6qnjB— Aiman Roshizam (@aiman_sekaiichi) September 4, 2026
Dia kini beraksi buat pasukan Liga Bangladesh, Fortis FC. Sepanjang beraksi dalam saingan Liga Bola Sepak Kyushu sebelum ini dia telah meledak liga gol dan dua bantuan jaringan.
Untuk rekod, Bangladesh menggantikan India dalam saingan Kumpulan A bersama Malaysia, Indonesia dan Singapura dalam kempen Piala ASEAN FIFA yang akan membuka tirai pada 25 September nanti.