Kapten Kuala Lumpur City, Paulo Josue, membuktikan betapa dia masih memiliki sentuhan berbisa apabila menjaringkan dua gol ketika The City Boys bangkit menewaskan Kelantan Red Warrior (KRW) 3-1 dalam aksi Liga Super di Kota Bharu malam tadi.
Penyerang kebangsaan berusia 37 tahun itu meledakkan dua gol, di mana kedua-duanya menerusi sepakan penjuru lencong dari jarak jauh.
Tonton video di bawah: