Skip to main content

E-Sukan

Legenda e-sukan meninggal dunia pada usia 31 tahun

Legenda e-sukan meninggal dunia pada usia 31 tahun
Advertisement

Komuniti esukan antarabangsa dikejutkan dengan berita pemergian bekas pemain profesional League of Legends (LoL), Lauri 'Cyanide' Happonen, yang meninggal dunia pada usia 31 tahun.

Media Finland mengesahkan berita itu pada Isnin, dengan akhbar Ilta-Sanomat melaporkan bahawa Happonen meninggal dunia pada 31 Julai berdasarkan pengesahan Agensi Perkhidmatan Data Digital dan Penduduk Finland.

Advertisement

Bagaimanapun, punca kematiannya masih belum didedahkan.

Happonen merupakan antara tokoh perintis dalam sejarah awal LoL selepas membantu pasukan Fnatic menjuarai Kejohanan Dunia pertama permainan itu pada 2011, ketika dia baru berusia 16 tahun.

Advertisement

Beraksi sebagai pemain posisi jungler, Cyanide memainkan peranan penting dalam kejayaan Fnatic menjuarai kejohanan berkenaan, sekali gus mengukuhkan namanya sebagai antara pemain yang mencorakkan perkembangan awal arena kompetitif LoL.

Dia meneruskan kecemerlangan dengan membantu Fnatic mara ke separuh akhir Kejohanan Dunia 2013, selain memenangi tiga gelaran liga Eropah berturut-turut antara 2013 hingga 2014.

Dalam temu bual bersama Ilta-Sanomat pada 2018, Happonen mengakui masih mengingati dengan jelas perasaan ketika menjuarai kejohanan dunia itu.

Dia pernah menganggap dirinya sekadar seorang peminat komputer yang pendiam dan kurang keyakinan diri. Namun, perhatian serta sokongan peminat selepas kejayaan tersebut meningkatkan keyakinannya sehingga tahun 2011 dirasakan seperti satu pengalaman dalam mimpi.

Berundur Demi Kesihatan Mental

Pada penghujung 2014, Happonen berpisah dengan Fnatic selepas mengakui minatnya terhadap permainan itu semakin pudar.

Dia menjelaskan bahawa dirinya tidak lagi berasa gembira kerana meletakkan tekanan terlalu tinggi terhadap diri sendiri dan gagal mencapai tahap prestasi yang diharapkan secara konsisten.

Happonen turut mendedahkan mengalami kemurungan dan perlu menjauhkan diri daripada persaingan demi menjaga kesihatan mentalnya.

Selepas meninggalkan Fnatic, dia beralih kepada aktiviti penstriman selama kira-kira setahun setengah sebelum menghentikannya.

Happonen memulakan pengajian dalam bidang perniagaan di Helsinki pada 2018 sambil mengendalikan sebuah program berkaitan permainan video untuk Yle Kioski Gaming.

Dalam tahun-tahun berikutnya, dia terlibat dalam beberapa projek esukan berskala kecil dan bekerja dalam bidang pengurusan kualiti di Finland.

Berdasarkan profil LinkedIn miliknya, Happonen turut memulakan pengajian di Universiti Valencia pada musim luruh 2025.

Pemergiannya menandakan kehilangan seorang tokoh penting dalam sejarah awal LoL, khususnya buat peminat Fnatic yang menyaksikan kejayaannya membantu pasukan itu menjulang gelaran dunia sulung pada 2011.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video