Skip to main content

Badminton

Lee Zii Jia sudah kembali ke gelanggang latihan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Zii Jia

Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, dilaporkan sudah kembali ke gelanggang latihan selepas mengalami kecederaan jangka panjang.

Perkara itu dilaporkan wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, dalam satu kiriman X sebentar tadi.

Advertisement

Menurutnya, Zii Jia sudah berada di gelanggang di sekitar ibu kota berkenaan sejak jam 6.30 pagi tadi untuk menjalani latihan bersama bekas perseorangan negara, Liew Daren, dan pemain profesional, Aidil Sholeh Ali Sadikin.

Sebagai rekod, kali terakhir Zii Jia beraksi dalam perlawanan kompetitif ialah sewaktu bersaing dalam Kejohanan Masters China pada September lalu.

Dia terpaksa kembali berehat gara-gara kecederaan kaki berulang.

 

 

 

Must Watch Video