Selangor mempamerkan aksi cukup dominan apabila membelasah Young Tigress 14-0 dalam aksi Liga Wanita Nasional (LWN) yang berlangsung semalam.
Kemenangan besar itu sudah mula terserlah seawal minit keenam menerusi Yeo Minji, sebelum Sakura Yoshida menggandakan kelebihan lima minit kemudian.
Julissa Cisneros kemudian menjadi antara watak utama pesta gol Selangor apabila meledak empat gol pada minit ke-16, 22, 45+1 dan 48.
Turut mencetak nama sebagai penjaring ialah Thivashini Sivakumar pada minit ke-25, manakala Ainsyah Murad menambah dua gol pada minit ke-60 dan 61.
Aisha Lyn pula menjaringkan gol pada minit ke-65.
Sakura melengkapkan hatrik peribadinya dengan dua lagi jaringan pada minit ke-68 dan 81, manakala Julissa menambah satu lagi gol pada minit ke-83 untuk melengkapkan lima jaringan peribadinya.
Ainsyah kemudian melengkapkan kemenangan bergaya Selangor dengan gol pada minit ke-90+2.