Skip to main content

Badminton

Latihan luar negara mampu lonjak moral pasukan -- Aaron Chia

Latihan luar negara mampu lonjak moral pasukan -- Aaron Chia

Kapten Piala Thomas Negara, Aaron Chia, menyifatkan pendekatan kem latihan di luar negara sebagai langkah tepat dalam memperkukuh persiapan skuad kebangsaan merebut kejuaraan Piala Thomas.

Menurutnya, latihan yang dijalankan di Herning, Denmark bukan sahaja meningkatkan tahap permainan malah membantu pemain menjadi lebih fokus dan tenang menjelang kejohanan yang bakal berlangsung di Horsens dari 24 april hingga 3 mei ini.

Advertisement

Menurut pemain beregu lelaki negara ini, latihan di Herning ini mampu lonjak moral dan motivasi pemain selain keserasian pasukan lebih terserlah dan kesefahaman antara satu sama lain lebih kukuh.

Sementara itu, Pengurus pasukan, Datuk Chong Juong Chain, memaklumkan kesemua pemain berada dalam kondisi terbaik selepas jalani latihan berpusat selain menunjukkan semangat tinggi dalam menggalas cabaran negara di Denmark.

Beliau juga menambah, latihan pusat ini menampakkan perkembangan positif dan setiap individu lebih bersedia dan bersemangatr untuk memulakan cabaran dalam menamatkan kemarau kejuaraan sejak 1992.

Dalam penampilan terakhir di pentas Piala Thomas, Malaysia menamatkan cabaran di kedudukan ketiga menewaskan Chinese Taipei dalam kejohanan berlangsung di Chengdu, China pada 2024.

Topik Berkaitan

Must Watch Video