Bangkok, Thailand sekali lagi menjadi tumpuan dunia apabila legenda maraton dari Kenya Kipchoge Eliud dan Permaisuri Thailand, Suthida Bajrasudhabimalalakshana, muncul bersama di Amazing Thailand Marathon Bangkok 2025.
Acara sukan tahunan itu bertukar menjadi momen sejarah apabila ikon larian dunia dan seorang ratu berkongsi laluan yang sama.
Advertisement
Terkenal kerana menjadi manusia pertama berlari maraton di bawah dua jam dalam acara khas 2019, kehadirannya membuatkan acara tahun ini terasa lebih istimewa.
Selain itu, Queen Suthida turut menyertai half marathon bersama ribuan peserta lain dan menamatkan larian dengan masa 2 jam 12 minit.
Amazing Thailand Marathon sudah lama menjadi acara utama negara gajah putih. Namun, edisi 2025 mengangkat standardnya lebih tinggi
Kipchoge membawa reputasi global, sementara Queen Suthida membawa simbol penyatuan rakyat.