Deco sebagai mengosongkan peranannya sebagai pengarah sukan Barcelona sekiranya Victor Font memenangi pilihan raya presiden Barcelona yang bakal dilangsungkan pada bulan depan.
Font sekali lagi sedia menyaingi Joan Laporta dalam pilihan raya tahun ini dan dalam satu temu bual bersama RAC 1 radio, calon presiden itu mendedahkan bekas pemain tengah gergasi Catalunya itu, Deco, tiada dalam perancangannya yang menjurus kepada penstrukturan semula kelab dalam usaha membantu pengurus, Hansi Flick.
Advertisement
Malah, kedudukan Flick sendiri juga bergantung kepada pilihan raya dengan spekulasi baru-baru ini mengaitkan bahawa dia bersedia meletakkan jawatan pada akhir musim andai Laporta tewas dalam pemilihan itu.
“Saya tidak mahu terlibat dalam perkara ini. Saya datang ke sini kerana saya percaya kepada projek Joan, iaitu mengenai tentang pembinaan semula dan sekalipun saya kekal, itu adalah kerana saya percaya pada projek Joan yang kini adalah tentang penyatuan.
"Sudah tentu jika Joan tiada di sini, keadaan akan berubah dan oleh itu saya tidak akan meneruskan,” katanya.
“Ia bukan tentang Víctor Font atau sesiapa sahaja. Ia tentang apa yang saya percayai dan kehidupan peribadi saya. Jika sesuatu tidak sesuai dengan kehidupan peribadi saya, saya akan angkat kaki, itu sahaja.
"Saya bebas untuk memilih, saya tidak terikat.
“Saya datang ke sini kerana satu idea, ia adalah kerana saya peminat Barça dan saya ingin membantu. Saya percaya saya boleh menyumbang kepada projek Laporta.”