Skip to main content

Bola Sepak

Kongres FAM: Al-Sultan Abdullah mampu kembalikan kepercayaan rakyat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

FAM

Langkah mencalonkan Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk memimpin semula Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) adalah usaha pelarasan semula paling signifikan oleh badan induk bola sepak negara itu.

Datuk Richard Scully menegaskan Sultan Abdullah yang juga bekas presiden FAM sebagai tokoh paling sesuai untuk memimpin badan tertinggi itu ketika negara sedang berdepan krisis kepimpinan dan kepercayaan.

Advertisement

"Ia satu petanda reset. Baginda ada perancangan 2017 tetapi tidak dapat diteruskan kerana pengunduran baginda pada 2018.

"Kembalinya baginda secocok dengan ulang tahun penubuhan ke-100 FAM. Ia satu kesinambungan, satu reset dan yang penting bola sepak dapat maju ke hadapan.

"Baginda tidak asing dalam bola sepak. Baginda pernah berada dalam exco FIFA dan AFC.

"Baginda boleh lakukan sesuatu kerana pengaruh baginda dalam FIFA masih dihormati," katanya di Nadi Arena.  

Minggu lalu, barisan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM bertindak meletak jawatan secara beramai-ramai susulan skandal pemalsuan dokumen yang membabitkan tujuh pemain warisan.

Situasi itu membuka laluan kepada pemilihan baru menjelang Kongres FAM tahun ini yang disifatkan sebagai detik paling penting dalam menentukan masa depan bola sepak negara.

"Ketika baginda memegang tampuk kepimpinan pada 2014-17, banyak peluang pembangunan diberikan, ia satu tambah nilai.

"Ia boleh mengembalikan keyakinan peminat yang terluka dan tidak percaya.

"Inilah masanya untuk mengembalikan kepercayaan rakyat," katanya lagi. 

Topik Berkaitan

Must Watch Video