Skip to main content

Sukan Lain

KL Tower Run: Soh Wai Ching kembali rampas gelaran juara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

SWC

Pelari menara nombor satu dunia, Soh Wai Ching, terus mencipta sensasi sebaik merampas semula gelaran juara dalam KL Tower Run International Challenge 2025 di Menara Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun, janjinya untuk menamatkan cabaran kurang daripada lapan minit tidak menjadi kenyataan.

Advertisement

Apapun, prestasi wai ching tetap membanggakan dengan catatan 8:11s.

"Saya telah melakukannya dengan baik walaupun tidak mencapai sasaran saya," katanya kepada Astro Arena.

"Berdasarkan catatan rasmi, saya melakukan 8:11s dan ia 5 saat lebih pantas berbanding tahun lalu.

"Saya sudah melakukan yang terbaik untuk tamat sebelum 8 minit tetapi selepas separuh perjalanan, saya mula perlahan.

"saya mencuba untuk mendapatkan kembali rentak dan dapat menamatkan perlumbaan dengan baik."

Penyertaan kali ini melibatkan 1,500 peserta dengan misi menakluki 1,608 anak tangga menara ikonik setinggi 292 meter itu.

Rata-rata peserta bukan sahaja hadir untuk menguji kecergasan, malah tampil dengan pelbagai gaya, termasuk 'cosplay' membawa watak-watak popular dari filem atau animasi.

 

Must Watch Video