Skip to main content

Bola Sepak

'Kita tahu sudah gagal di FIFA, barisan peguam dah sedia penuhi tuntutan CAS'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cas

Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi,  tekad dan terus memberikan kepercayaan penuh terhadap barisan peguam yang akan mewakili badan induk bola sepak negara itu di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) demi menjaga kepentingan bola sepak negara.

Sebelum ini, FAM telah berkongsikan telah menghantar rayuan kepada CAS berhubung hukuman FIFA ke atas FAM serta tujuh pemain warisan Harimau Malaya.

Advertisement

CAS menetapkan bahawa pihak peguam yang mewakili FAM mempunyai tempoh 10 hari sehingga 18 Disember 2025 untuk mengemukakan hujahan bertulis lengkap.

"Memang ini perjuangan kita bagi menentukan bahawa apa yang kita lakukan dapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak berkuasa.

"Kita tahu kita gagal di FIFA, ini adalah pentas terakhir untuk perjuangkan isu ini dan mengharapkan keputusan terbaik. Apapun keputusannya nanti kami akan terima dengan hati terbuka."

"Barisan peguam-peguam telah bersedia bagi memenuhi tuntutan CAS. Saya percaya mereka dapat lakukan mengikut masa yang ditentukan," katanya.

Dia yang turut hadir di Majlis Pengebumian bapa tiri pemain Harimau Muda, Haqimi Azim, Allahyarham Shahrol Asikin Bin Mohd Shariff, hari ini menyatakan bahawa Haqimi mempunyai hak untuk memilih sama ada mahu terus bersama negara atau menumpukan masa bersama keluarga bagi menghormati kehidupan peribadinya.

Langkah itu menunjukkan FAM memberikan ruang dan sokongan penuh terhadap kesejahteraan pemain di luar gelanggang.

"Kita faham dia masih bersedih walaupun turut memerlukan khidmat dia, tetapi apa yang berlaku di luar jangkaan.

"Saya serahkan pada Haqimi untuk tentukan sama ada sempat untuk ke Bangkok atau sebaliknya, kami hormati keputusan dia." tambahnya.

 

Must Watch Video