Skip to main content

Bola Sepak

Kim Pan-gon kecewa Selangor kalah kali pertama di laman sendiri

kim pan gon
Advertisement

Ketua jurulatih Selangor, Kim Pan-gon, akui kecewa dengan kekalahan 2-3 yang dialami pasukannya kepada Star City meskipun mara ke separuh akhir Piala FA 2026-27 menerusi kelebihan agregat 6-4 malam tadi.

Pan-gon menyifatkan kekalahan sulung di Stadium Petaling Jaya itu sebagai pengajaran berguna buat Gergasi Merah bagi harungi baki cabaran Liga Malaysia musim ini.

Advertisement

Pengendali dari Korea Selatan itu turut menjangkakan perlawanan sukar menanti Selangor di pentas separuh akhir Piala FA menentang Kuching City.

"Ini bukan permainan normal kami tetapi saya fikir dengan pendahuluan 2-0 itu menjadikan ia lebih mengecewakan buat kami secara mental dan psikologi," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

Advertisement

"Kami mahu ke final dan memiliki keinginan itu tetapi jika kami memiliki keinginan, perlu ada juga pelaksanaan. Malam ini, pelaksanaannya agak teruk.

"Bagi saya, saya amat kecewa, jadi pemain juga perlu mengambil bahagian kerana kami perlu menghasilkan kualiti permainan yang baik buat penyokong."

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video