Kidsnergy terus mengangkat elemen pendedahan sukan sejak usia muda dengan penganjuran kejohanan Pickleball Social Serve bermula hari ini.
Selain misi utama untuk terus menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif dalam komuniti kekeluargaan, peserta juga berpeluang meraih ganjaran wang tunai lebih RM10,000 melibatkan lima kategori penyertaan.
Penolong Pengarah Sukan Jabatan Belia & Sukan WPKL, Magdelene Manjah, berkata kepada wartawan Astro Arena, Ainul Abd Rouf: "Perkembangannya mengikut trend. Kalau kita lihat sekarang ini, kanak-kanak bawah 10 tahun ini lebih hebat daripada kita.
"Kami melihatnya sebagai peluang untuk mengetengahkan bakat mereka di peringkat akar umbi dan sambutannya juga amat menggalakkan."