Skip to main content

Golf

Khairul Sarbany julang gelaran sulung Kinrara Merdeka Open Championship

Khairul Sarbany julang gelaran sulung Kinrara Merdeka Open Championship

Khairul Sarbany muncul juara sulung Kinrara Merdeka Open Championship selepas menamatkan saingan dengan catatan 7 di atas par 78 dalam kejohanan yang berlangsung selama dua hari di Kinrara Golf Club, di sini, hari ini.

Khairul yang bermula sebagai pendahulu pusingan pertama kekal tenang untuk melengkapkan pusingan kedua dengan keputusan keseluruhan 152 pukulan.

Khairul menamatkan saingan dengan kelebihan tiga pukulan di hadapan pencabar terdekatnya, pemain 14 tahun, M Dzun Nun dan Aidil Asdi yang berkongsi kedudukan kedua dengan 155 pukulan.

“Saya sangat gembira dapat memenangi kejohanan ini yang dianjurkan secara profesional.

“Ini kali pertama saya bermain di lapangan ini sejak ia diambil alih Greencare Services dan saya dapat lihat peningkatan yang sangat ketara dari segi fairway, tee box, bunker dan green.

“Saya boleh katakan Kinrara Golf Club ini sudah bersedia untuk menganjurkan kejohanan PGM atau PGAM,” kata Khairul.

Sebagai juara, Khairul membawa pulang trofi, beg golf tajaan VinGolf, tumbler Under Armour, payung Golf Pride dan beg hadiah Vanakkam.

Kejohanan sulung itu menarik penyertaan 104 pemain dan dianjurkan sebagai sebahagian daripada sambutan Hari Merdeka Kinrara Golf Club, selain meraikan ulang tahun pertama Greencare Services Sdn Bhd sebagai pengurus kelab berkenaan.

Dalam kategori A Medal Stableford, Ahmad Razid Sukiran muncul juara selepas mengumpul 80 mata, mengatasi Wong Teck Kim menerusi kiraan semula mata. Gabriel Gomez menduduki tempat ketiga dengan 79 mata.

Ahmad membawa pulang trofi, beg range Spider Sunday, tali pinggang golf Under Armour dan beg hadiah Vanakkam.

Sementara itu, Hafizzi Ramat mengungguli kategori B Medal dengan 89 mata daripada handicap 18. Alfred di tempat kedua dengan 86 mata, diikuti Razali dengan 84 mata.

Empat pemain iaitu Raghbir Singh, Lee Kok Wai, Wong Teck Kim dan Akhtar turut memenangi hadiah novelty yang ditaja Golftreks dan Tai Golf.

Antara tarikan utama kejohanan ialah beg cenderahati yang mengandungi dua helai baju, dua topi dan dua tiub bola golf daripada Crestlink dan Gutty.

Alex Hee pula membawa pulang jam tangan IROAS bernilai RM3,700 selepas memenangi cabutan bertuah utama.

Hadiah hole-in-one yang ditawarkan turut menarik perhatian, termasuk sebuah Proton eMas5, motosikal Bellini serta keahlian Kinrara Golf Club selama setahun.

Kejohanan itu mendapat sokongan pelbagai penaja antaranya Vision Victory Empire powered by Kenanga dan Zurich, RB Chem, Crest Link, BeGolfPro, 100Plus, Under Armour, VinGolf, AGN, Golftreks, TaiGolf, Vanakkam, IROAS, Spinalive, Trackman dan AGSSG.

KEPUTUSAN

Gross

1. Khairul Sarbany — 152 (74-78)
2. M Dzun Nun — 155 (countback)
3. Aidil Asdi — 155

A Medal Stableford

1. Ahmad Razid Sukiran — 80 mata (countback)
2. Wong Teck Kim — 80
3. Gabriel Gomez — 79
4. Mohd Fadhil Khairy — 78 (countback)
5. Christopher Ponniah — 78

B Medal

1. Hafizzi Ramat — 89 mata
2. Alfred — 86
3. Razali — 84
4. Mohd Rashdan — 82
5. Saiful — 79

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement