Skip to main content

Bola Sepak

Rasmi: Rodrigo Holgado bercakap benar

Holgado
Advertisement

Rodrigo Holgado dalam satu hantaran di Instagram Story miliknya mendedahkan bahawa dia tidak akan menyertai Johor Darul Ta'zim (JDT) seperti khabar angin yang tersebar luas di media sosial menurut akbar tempatan.

Terdahulu, tular dakwaan spekulasi mengatakan pemain kelahiran Argentina itu akan bergabung dengan Harimau Selatan, namun tuan badan menafikan perkara tersebut sambil menegaskan akan menuju ke destinasi lain bagi mendapatkan semula minit permainan.

Advertisement

"Tidak betul. Saya akan ke tempat lain," katanya ringkas.

Desas-desus mengenai tonggak berusia 31 tahun itu bukan perkara baharu apabila satu lagi pasukan Liga Super, DPMM, difahamkan mahu menandatangani Holgado, namun ia masih menjadi persoalan.

Advertisement

Kemas kini transfermarkt menyaksikan penyerang itu berkemungkinan besar akan meninggalkan Coquimbo Unido susulan tempoh kontraknya akan berakhir pada hujung bulan depan.

Holgado bersama enam lagi pemain telah bebas daripada penggantungan 12 bulan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berikutan skandal pemalsuan dokumen sewaktu mewakili Harimau Malaya tahun lalu.
 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video