Skip to main content

Bola Sepak

Ketepikan gol pemain Indonesia, Anugerah Puskas 2025 milik Santiago Montiel

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

montiel

Pemain pertahanan kelahiran Argentina, Santiago Montiel, mencipta sensasi apabila jaringannya ketika melakukan tendangan akrobatik memacu dirinya memenangi Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2025.

Pemain berusia 25 tahun yang beraksi buat pasukan CA Independiente itu melakukan tendangan gunting itu daripada luar kotak penalti ketika berdepan Independiente Rivadavia dalam saingan Liga utama Argentina pada Mei lalu.

Advertisement

 

 

 

Kemenangan itu menjadikan dia sebagai pemain ketiga dari Argentina selepas Erik Lamela dan Alejandro Garnacho yang mengungguli anugerah itu.

Dia antara 10 pemain yang tercalon dalam anugerah itu bersama pemain bintang seperti Declan Rice (Arsenal), Lamine Yamal (Barcelona) dan tidak ketinggalan pemain Indonesia, Rizky Ridho, (Persija Jakarta).

 


 

Must Watch Video