Skip to main content

Sukan Lain

Kerjasama PEKEMA-YAKEB salur bantuan ringankan beban bekas atlet negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

PEKEMA

Persatuan Pengimport Dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) berbangga dapat membantu bekas atlet-atlet yang pernah mengharumkan nama negara menerusi kerjasama dengan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB).

Presiden PEKEMA, Datuk Mohamed Nazari Noordin, menjelaskan ini merupakan kali pertama inisiatif itu dijalankan bagi menyahut seruan tanggungjawab sosial selain membawa harapan berterusan pada masa akan datang.

Advertisement

"Kami mengambil kesempatan untuk melakukan sumbangan buat bekas-bekas atlet, hari ini kami telah mengenal pasti 10 bekas atlet yang memerlukan bantuan.

"Bantuan yang kami berikan adalah sebanyak RM3000 setiap seorang, apabila membantu kami berharap mampu meringankan beban mereka yang mungkin mempunyai masalah kesihatan." katanya.

Dia ditemui di Karnival Go Green Charity edisi kedua melibatkan hampir 700 penyertaan mewarnai dua kategori 5km (kilometer) dan 10 km, selain tema pakaian kostum turut menjadi tumpuan.

Must Watch Video