Gegaran di kepala hampir memberi mimpi buruk buat peminat.
Kemas kini menerusi laporan media tampatan Arab Saudi, penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Jairo da Silva, difahamkan stabil dan berada dalam pemantauan rapi di sebuah hospital di Jeddah.
Advertisement
Meninjau foto yang tular, Jairo sedang berada dalam Unit Rawatan Rapi sambil ditemani kakitangan perubatan JDT bagi proses seterusnya.
Tonggak kelahiran Brazil itu terus dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan serius, sekali gus rebah dan terpaksa diusung keluar padang untuk mendapatkan rawatan segera selepas kepalanya menerima sepakan daripada gerakan akrobatik Ali Majrashi.
Situasi bertukar tegang apabila pegawai perubatan didakwa lambat bertindak, namun segalanya terkawal usai diberikan rawatan lanjut.
🎙 منسق الجهاز الطبي في فريق جوهور دار التعظيم الماليزي الأول لكرة القدم لـ «الرياضية»:
* لاعبنا تحدث معي في الطوارئ وحالته مستقرة.#الأهلي_جوهور #دوري_أبطال_آسيا_للنخبة 🏆#ACLElite https://t.co/Fmor4R1Hcq pic.twitter.com/cyaO009qED— صحيفة الرياضية (@ariyadhiah) April 17, 2026
Terdahulu, Jairo menjadi watak utama skuad kendalian Xisco Munoz meraih jaringan pertama selepas melakukan tekanan hebat untuk memenangi bola sebelum membuat hantaran kepada Marcos Guilherme.
Stadium Astro masih menanti perkhabaran seterusnya mengenai kondisi Jairo.
Semoga baik-baik sahaja.