Bekas pemain bola sepak negara, Razman Roslan, menyeru barisan Harimau Malaya agar mengenepikan segala tanggapan negatif terhadap yang dilemparkan selepas dipalit dengan kes pemalsuan dokumen yang membawa kepada pemotongan enam mata, dan secara tidak langsung terlepas slot Piala Asia 2027.
Menjelang pertembungan terakhir aksi peringkat kumpulan kelayakan Piala Asia Selasa depan, keutamaan kini adalah situasi semasa skuad kebangsaan menjelang aksi terakhir yang penuh makna dan emosi menentang Vietnam di Nam Dinh.
Advertisement
Tegasnya, kalau adanya Bergson da Silva dan Giancarlo Gallifuoco, ia ibarat bonus buat Harimau Malaya.
Namun jika tiada, skuad kendalian Peter Clamovski tetap perlu ampuh di Vietnam.
"Kita tidak boleh nadikan kemampuan mereka. Keupayaan Bergson tidak boleh dinafikan lagi ketajamannya di depan pintu gol, sementara Gallifuoco ampuh di bahagian pertahanan.
"Kehadiran mereka boleh memberi saingan kepada pasukan, tetapi pemain kali ini pun perlu buktikan kualiti untuk berada di dalam kesebelasan utama dan memikul tanggungjawab dalam perlawanan terakhir ini," katanya.
Harus diingat, barisan pemain negara nanti adalah pemain yang hampir sama mencipta sensasi dalam Piala Asia edisi lalu apabila mengejutkan Korea Selatan dengan keputusan seri 3-3 di Qatar.
Ini misi untuk memulihkan maruah.
"Ia penting atas dua faktor. Yang pertama, perlawanan yang disifatkan sebagai penebus maruah dan kedua, sebuah perlawanan ibarat balas dendam," katanya.