Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Asia: Insya-Allah, Allah ada rancangan besar -- Bintang Malaysia

MY
Advertisement

Skuad bola sepak remaja wanita bawah 17 tahun (B-17) gagal melayakkan diri ke Piala Asia Wanita B-17 2027 selepas tewas 0-4 kepada India dalam perlawanan Kumpuan E di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam tadi.

Pelapis Malayan Tigress itu berdepan ujian besar tatkala pelawat menguasai keseluruhan permainan dan kerap mengancam kubu tuan rumah dengan beberapa percubaan berbahaya.

Advertisement

Di sebalik kekecewaan itu, penyerang berusia 15 tahun, Keisha Adeliena Muhammad Khalid, tetap memuji rakan sepasukan sambil menegaskan mereka akan kembali lebih hebat pada masa akan datang.

"Ini adalah pasukan saya, rumah saya dan keluarga saya.

Advertisement

"Saya telah bersama mereka sejak dari awal saya memulakan karier dalam bola sepak.

"Saya sayangkan pasukan ini lebih dari segalanya.

"Saya akan sentiasa menyambut panggilan kebangsaan.

"Tunggu sahaja kerana masa akan membuktikan.

"Ini hanyalah permulaan.

"Sudah tentu, ia bukanlah keputusan yang kami mahukan.

"Insya-Allah, Allah ada perancangan besar buat kami," katanya kepada penulis.

Untuk rekod, Keisha merupakan anak kepada legenda Selangor dan Harimau Malaya iaitu Khalid Jamlus.

 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video