Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Asia: Giancarlo Gallifuoco tenang tunggu lampu hijau

dccaA

Pertahanan Kuala Lumpur (KL) City, Giancarlo Gallifuoco, kekal tenang menanti status kerakyatannya sebagai warganegara Malaysia biarpun sudah menerima khabar gembira berkaitan perkara itu.

Dalam temu bual bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Gallifuoco menegaskan hatinya tetap terpaut di belakang Harimau Malaya sebagai pemain ke-12 bagi pertemuan menentang Vietnam di Nam Dinh.

Advertisement

"Ia sedang dalam proses, semua pihak sudah bekerja keras tapi ia di luar kawalan saya.

“saya hanya akan meraikannya hingga semuanya selesai

"Saya dan Declan (Lambert) merupakan rakan sebilik (di peringkat kelab).

"Saya harap rakan sepasukan di kelab mampu menyerlah di peringkat antarabangsa.

"Saya harap mereka diturunkan dan membanggakan negara," katanya yang telah membuat 145 penampilan bersama KL City.

Bukan lagi rahsia, Gallifuoco bakal memperkuatkan skuad negara sebagai pemain naturalisasi selain penggempur berbisa Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson da Silva.

Perkara itu didedahkan pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski, dengan mengatakan kedua pemain tersebut akan diturunkan dalam perlawanan akan datang.

Situasi itu memberi bayangan bahawa proses dokumentasi melibatkan Gallifuoco dan Bergson berjalan lancar, meskipun mereka tidak dapat menyertai pasukan ke Nam Dinh.

"Sudah tentu, saya bukan tidak sabar. tapi saya mahu berada dalam skuad, terlibat dengan skuad untuk menghadapi kejohanan akan datang.

"Saya teruja tetapi apa pun, saya akan menjadi penyokong buat skuad kebangsaan yang akan menghadapi Vietnam," katanya lagi.  

Pemain kelahiran Australia ini memenuhi syarat sebagai pemain naturalisasi awal tahun ini selepas melengkapkan tempoh lima tahun berturut-turut bermastautin di Malaysia sejak 2021.

Must Watch Video