Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Kelayakan Piala Asia B-17: Skuad remaja negara hanya perlukan satu kemenangan lagi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Malaysia B-16

Skuad B-16 negara hanya memerlukan satu lagi kemenangan untuk melayakkan diri ke Kejohanan Piala Asia B-17 di Arab Saudi tahun depan.

Ini selepas pasukan remaja negara itu mencatatkan satu lagi kemenangan dengan menewaskan Singapura 2-1 di Hanoi semalam.

Advertisement

Dengan kemenangan itu, Malaysia mengekalkan rekod kemenangan bersih sepanjang empat perlawanan setakat ini.

Ia menyaksikan aksi terakhir Kumpulan C menentang tuan rumah dan pendahulu, Vietnam, bakal menjadi penentu sama ada skuad muda negara akan layak ke kejohanan utama atau tidak.

Sebagai rekod, hanya juara setiap kumpulan akan layak ke Arab Saudi.

Malaysia akan bertemu Vietnam di PVF Stadium, Hung Yen malam esok.

 

Must Watch Video