Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Asia B-17: Malaysia semakin beri tekanan kepada Vietnam

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

B-17

Malaysia terus mempamerkan persembahan cemerlang apabila meraih kemenangan ketiga berturut-turut dalam perlawanan Kumpulan C Kelayakan Piala Asia bawah 17 tahun (B-17), malam tadi.

Macau menjadi mangsa terbaru pelapis Harimau Muda itu dengan kekalahan 0-5 kepada skuad negara.

Advertisement

Selepas tiga aksi termasuk bertemu Kepulauan Mariana Utara dan Hong Kong sebelum ini, anak buah Javier Jorda Ribera masih mengekalkan rekod bersih tanpa bolos setakat ini.

Dengan kedudukan di tempat kedua, pasukan kebangsaan dilihat terus memberi tekanan dan ancaman kepada pendahulu, Vietnam, yang turut berkongsi sembilan mata.

Malaysia akan meneruskan kempen menentang Singapura pada Jumaat ini.

Untuk rekod, juara kumpulan akan layak secara merit ke peringkat akhir.

Must Watch Video