Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia BWF apabila menumbangkan gandingan China, Huang Di-Liu Yang, di New Delhi, India sebentar tadi.
Gandingan negara itu sentiasa ketinggalan pada awal permainan tetapi selepas menyamakan kedudukan 12-12, mereka mula mengorak langkah meraih mata demi mata untuk memenangi set pertama 21-14.
Permainan lebih kemas ditampilkan Man-Tee dalam set kedua, di mana mereka tidak pernah ketinggalan sebaik mata pertama sebelum menang 21-15 selepas secara keseluruhan bertarung selama 36 minit.
Mereka seterusnya akan bertemu satu lagi beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, bagi penentuan ke suku akhir esok.
"Badminton","Kejohanan Dunia BWF","Man Wei Chong","Tee Kai Wun"