Skuad bola sepak wanita Malaysia sah diperkuat pemain warisan Malaysia-Amerika Syarikat (AS) apabila difahamkan dipanggil buat kali pertama menjelang dua perlawanan persahabatan antarabangsa di Qatar menentang Arab Saudi bulan ini.
Aryssa Mahrt bakal menyarung jersi Malayan Tigress menanti untuk membuat penampilan pertama bersama pasukan kebangsaan.
Perkara ini juga turut disahkan oleh kelabnya, Racing Power, dalam satu kenyataan memaklumkan penyerang berusia 24 tahun itu akan menyertai kem latihan pasukan negara.
🇵🇹 Racing Power announced Aryssa Mahrt has been called up by Malayan Tigress. https://t.co/obxZqszVdZ
— Harimau Abroad 🇲🇾 (@HarimauAbroad) October 3, 2026
Aryssa memiliki latar belakang berdarah campuran Malaysia menerusi ibunya, sementara ayahnya dilahirkan di AS.