Skip to main content

Bola Sepak

Kanak-kanak berusia 12 tahun lemas, hanyut ketika ambil bola dalam longkang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Remaja lelaki lemas ketika cuba ambil bola akhirnya ditemukan

Seorang remaja lelaki yang sebelum ini dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras ketika cuba mengambil bola di dalam longkang di Taman Prima Saujana, Kajang, Khamis lalu ditemukan lemas semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisoner Naazron Abdul Yusof, berkata mayat remaja berusia 14 tahun itu dijumpai tersangkut pada konkrit di kawasan kolam takungan air di Taman Prima Saujana pada jam 8.35 malam.

Advertisement

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kajang untuk proses bedah siasat," katanya.

Dalam kejadian Khamis lalu, dua beradik lelaki berusia 12 dan 14 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh dan dihanyutkan arus deras ketika cuba mengambil bola di dalam longkang besar di Lorong 1/3A, Taman Prima Saujana.

Mayat mangsa berusia 12 tahun ditemukan pada jam 7.47 malam pada hari kejadian di Sungai Merbau, Kampung Sungai Kantan, Kajang kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian dan disahkan meninggal dunia di Hospital Kajang pada 10 malam.-Sinar 

Topik Berkaitan

Must Watch Video