Justin Rose mencipta sejarah apabila menjuarai Farmers Insurance Open di Torrey Pines, California, dengan catatan 23 bawah par, sekali gus meraih gelaran ke-13 dalam Jelajah PGA. Kemenangan ini memadam rekod lama 22 bawah par Tiger Woods (1999) dan George Burns (1987).
Pemain England itu memimpin kejohanan dari pusingan pertama hingga terakhir, menamatkan saingan dengan kelebihan tujuh pukulan.
Advertisement
Tempat kedua dikongsi Ryo Hisatsune (Jepun), Si Woo Kim (Korea Selatan) dan Pierceson Coody (Amerika Syarikat) dengan 16 bawah par.
Rose berkata: “Hari ini bukan skor terbesar saya, tetapi ia skor yang baik. Saya bermain dengan baik dan tidak menghadapi sebarang masalah.
“Putt di lubang keempat benar-benar menenangkan saya, dan saya tahu hari itu akan menjadi hari saya.
“Permainan ini memang sukar, tapi saya sedang menikmati prestasi saya sekarang, dan itu memberi saya tenaga untuk terus berusaha,” katanya.