Seorang jurugambar wanita menerima kesan hentaman kuat selepas terkena bola tepat di wajah ketika aksi Serie D Brazil antara Gama dan Sao Jose.
Insiden berlaku seawal minit keempat perlawanan suku akhir playoff apabila pemain pertahanan Sao Jose, Tiago Pedra, melakukan tindakan untuk mengeluarkan bola daripada kawasan bahaya.
Percubaannya untuk menjauhkan bola daripada gawang bagaimanapun menyebabkan bola meluncur deras ke arah tepi padang sebelum tepat mengenai wajah seorang jurugambar wanita.
🚨JUST IN: A São José defender in Brazil’s 4th division of football kicked a ball out of bounds and hit a photographer’s head
She was knocked unconscious pic.twitter.com/lbtQsTfpDj— Polymarket Sports (@PolymarketSport) August 17, 2026
Hentaman itu begitu kuat sehingga wanita berkenaan terus rebah dan tidak sedarkan diri buat seketika.
Insiden tersebut kemudian tular di media sosial, dengan beberapa pihak mengkritik tindakan Pedra kerana 'clearance' yang dilakukan itu terlalu deras ke arah kawasan yang menempatkan petugas media.
Kejadian berkenaan turut mencetuskan peringatan mengenai aspek keselamatan petugas di tepi padang, khususnya jurugambar yang berada berhampiran kawasan permainan ketika perlawanan berlangsung.