Presiden Barcelona, Joan Laporta, beranggapan kepulangan bekas legenda kelab, Lionel Messi, sebagai seorang pemain ke Camp Nou sebagai 'tidak realistik'.
Terdahulu, pemain berusia 38 tahun itu memuat naik hantaran di laman sosialnya dengan menjelaskan: "Kembali suatu hari nanti bukan sekadar untuk mengucapkan selamat tinggal tetapi sebagai pemain". katanya.
Advertisement
Dia yang meninggalkan kelab Catalan itu pada 2021 kembali baru-baru ini sebagai tetamu ke kelab lamanya, dengan tugu ikonik Lionel Messi bakal didirikan di perkarangan stadium -selepas tugu Johan Cruyff dan Laszlo Kubala- sebagai tanda penghormatan buat penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab itu.
"Kepulangan Messi sebagai pemain adalah sesuatu yang tidak realistik. Setakat ini, dia mempunyai kontrak dengan Inter Miami.
"Kelab ini sedang membina projek untuk masa kini dan masa depan. Ia rumit, dan jika anda hidup dalam masa lalu, anda akan sukar untuk maju ke hadapan." katanya.
Untuk rekod, sepanjang kariernya di Barca, dia telah mencetak 672 gol sepanjang 778 penampilan serta merekodkan 10 kejuaraan liga, empat trofi Liga Juara-Juara (UCL) dan tiga Piala Dunia Kelab.