Temasya Sukan SEA merupakan pentas yang mengharumkan nama Nor Sarah Adi apabila atlet versatil itu meraih kilauan pingat emas di Vietnam serta perak Ketika edisi di Kemboja.
Sarah merupakan bekas pelari pecut handalan berdepan realiti sukar dalam Sukan SEA Thailand lalu kerana variasi siri kecederaan ternyata meragut prestasi terbaik serta keyakinannya.
Advertisement
Meskipun menduduki kedudukan podium dalam dua temasya sukan dwitahunan itu, namun perkara itu bukan jaminan buat Sarah menyinar di edisi 2025 di Bangkok, Thailand.
Tanpa diduga Sarah terpaksa akur menamatkan saingan di kedudukan terakhir dengan ketinggian 3.60m (meter).
Menerusi perkongsian eksklusif bersama wartawan Karl Nunis, Sarah mengakui detik hitam dalam karier olahraganya itu hampir membuatkan dirinya berundur seketika dalam acara lompat bergalah.
Walaupun meninggalkan kesan mendalam buat dirinya, namun perasaan itu bersifat sementara dan Sarah kembali dengan versi baru musim 2026 ini.
Bukan hanya tekad kembali kepada tahap terbaiknya, Sarah melaungkan keyakinan untuk memecah rekod kebangsaan dan mensasarkan ketinggian 4.50m.
Lebih menarik lagi, pemegang rekod lompat bergalah negara milik Roslinda Samsu dengan catatan 4.40m yang direkodkan pada Julai 2006.
Roslinda kini merupakan jurulatih kepada Sarah Adi dan merupakan individu penting dalam menjayakan misi Sarah lebur rekod kebangsaan berusia 20 tahun itu.
"Untuk tahun ini sudah bermula awal jadi persiapan tidak tergesa-gesa, jadi kami lebih banyak daripada aspek sesi gimnastik juga.
"Walaupun Ketika Sukan SEA baru pulih daripada pemulihan, kali ini tambah kekuatan, penggunaan galah yang baru dan sebagainya.
"Saya perlu perbaiki teknik untuk lompat lebih tinggi. Macam yang saya sasarkan sebelum ini, tahun ini jika tiada apa-apa halangan, sebarang kecederaan secara realistiknya kami boleh untuk pecahkan rekod kebangsaan." katanya.