Skip to main content

Bola Sepak

Jaringan saat akhir bukti kekuatan mentaliti Kuching City

aaa

'Cukup rencah, cukup rasa.'

Itu perumpamaan terbaik buat perlawanan Liga Super di antara Melaka menentang Kuching City di Stadium Hang Jebat yang berakhir dramatik dengan jaringan minit akhir untuk kemenangan 2-1 berpihak kepada wakil dari Sarawak itu.

Ketua jurulatih Kuching City, Aidil Sharin Sahak, menyifatkan ia sebagai satu kemenangan penting dalam menaikkan moral pasukan menjelang saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL2) menentang Phnom Penh dari Vietnam pada Khamis.

"Terbuka mentaliti pemain saya kuat, kami perlu terus letak keyakinan terus beri dorongan kepada pemain.

"Kami tidak mahu bertahan (untuk berkongsi satu mata), kami tetap berani mengambil risiko dan tidak perlu fikirkan kekurangan seorang pemain.

"Walaupun dihukum jaringan sepakan percuma dalam masa kecederaan, kami tidak berputus asa dan terus berjuang hingga menghasilkan gol," kata pengendali dari Singapura itu di Stadium Hang Jebat, nmalan tadi.

 

 

 

Sementara itu, ketua jurulatih Melaka, E. Elavarasan, mengakui mereka perlu mengatur cara lain untuk elak berlaku lagi insiden bolos pada saat-saat akhir jika betul mahu kekal relevan dalam liga.

Untuk rekod ini adalah kali kedua Melaka kalah pada minit-minit akhir musim ini selepas yang pertama berlaku ketika bertemu dengan Selangor.

"Perkara ini perlu diperbaiki secepat mungkin kalau mahu pergi dalam Liga Super.

"Semua pasukan makin meningkat, prestasi kami juga begitu tapi kami memerlukan kemenangan.

"Satu mata seharusnya cukup baik kerana Kuching City sebuah pasukan mantap.

"Mereka ada asas yang kuat dalam soal kualiti dan kuantiti," katanya lagi.
 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video

Advertisement