Tatkala peserta lain bertungkus-lumus mengeluarkan kos ribuan ringgit untuk persiapan lengkap beraksi dalam saingan triatlon, anak jati dari Jerantut, Pahang, ini hanya menjalani rutin harian di kampung untuk penampilan sulungnya. .
Mesra disapa 'pakcik Ariffin', figura berusia 60 tahun ini pernah menggegar warganet selepas tular menghabiskan Larian Taman Negara Ultra Trail dengan hanya 'berkaki ayam' dan sebatang tongkat kayu.
Perairan Pantai Kok cukup sinonim dalam saingan antarabangsa triatlon selepas diiktiraf sebagai laluan pantai terbaik di dunia pilihan atlet Ironman 2025.
Bagaimanapun, perubahan 60 peratus edisi 2026 bakal menyaksikan buat kali pertama pantai tengah mengambil alih tugas untuk menyajikan cabaran utama daripada tiga disiplin.
Meskipun jarak laluan singkat, namun disiplin renang adalah laluan paling kritikal dengan arus ombak perairan terbuka yang sukar dijangka emosi naik turunnya.
"Kami adakan keselamatan -- binatang di dalam air -- dengan memasang jaring untuk mengelak kejadian yang tidak diingini.
"Pasukan perubatan juga sedar dengan potensi (ancaman) di laluan renang selain kami sudah bersedia dengan sebarang rawatan," kata Pengarah Penganjuran Ironman Langkawi 2026, Fauzy Famir, ketika ditemu bual wartawan Astro Arena, Husna Zainudin.
Pentingnya buat atlet yang kali pertama menyertai saingan triatlon ini untuk berpegang kepada prinsip 'listen to your body' bagi mengelakkan insiden tidak diingini berlaku.
"Saya selalu ingatkan atlet agar baca panduan untuk mengetahui apa yang perlu dilakukan.
"Dengarlah badan anda, usah melangkaui had anda dan bagi peserta yang membuat kemunculan pertama, tak perlu kejar catatan selagi mampu tamatkan larian," katanya lagi.