Skip to main content

Permotoran

Cub Prix Malaysia: Gelaran CP150 jadi rebutan tiga penjuru

ll
Advertisement

Penantian juara kategori CP150 semakin mendebarkan dengan saingan sengit tiga penjuru menyaksikan Md Haziq Md Fairues masih memimpin carta selaku pendahulu bagi kategori Cub Prix Malaysia itu.

Namun, dia hanya dipisahkan dengan perbezaan 0.5 mata dengan pencabar tangga kedua, Azroy Hakeem Anuar, dan Kasma Daniel Kasmayuddin dengan jurang 2.5 mata, sekali gus memperlihatkan persaingan masih terbuka untuk ketiga-tiga pelumba ini.

Advertisement

Menurut Haziq, dia mengakui perlu fokus untuk memastikan gelaran juara CP150 tidak terlepas dari genggaman kerana pengalaman dimiliki Azroy dan Kasma Daniel Mahayuddin merupakan antara senjata yang bakal menjadi pemisah dalam perlumbaan sebenar Litar Bandar Medini Iskandar, Johor, Ahad ini.

"Saya perlu berada di hadapan untuk perlumbaan kali ini bagi menjarakkan diri dengan dua pencabar terdekat.

Advertisement

"Dalam masa sama, kami juga sedang bersaing untuk merebut kejuaraan pasukan selain (kategori) pelumba," katanya di Nadi Arena.

 

 

Dalam masa sama, Md Farid Hakimi Farid Sezli, makin hampir dalam menoktahkan kejuaraan saingan CP125.

Farid kini menghuni tangga pertama dengan mengumpul 97 mata, diekori Md Idlan Haqimi dengan 90 mata di posisi kedua dan Raiyan Khardanee dengan 80 mata di tangga ketiga.

"Saya buru podum dan juara keseluruhan.

"Bukan tiada tekanan, tapi saya ambil itu sebagai perkembangan yang menyihatkan.

"Kami akan berlumba secara sihat dalam pusingan terakhir ini," katanya. 
 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Related Topics

Must Watch Video