Skip to main content

Bola Sepak

Ini Padang Kita: Hilang sebelah mata akibat barah tak patahkan semangat Qaif beraksi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Ini Padang Kita

Program Ini Padang Kita kembali lagi dan kali ini berlangsung di Seremban 2, Negeri Sembilan, hari ini dengan aktiviti klinik bola sepak bersama Seremban (S) 2 FC Academy.

Menariknya, kelab ini ditubuhkan oleh dua bekas pemain kebangsaan, Aidil Zafuan Abd Radzak dan Zaquan Adha Abd Radzak, termasuk abang mereka, Zafran Abdul Radzak, dalam usaha meneruskan pencarian sendiri bakat-bakat terbaik yang ada di sekitarnya.

Advertisement

"Mereka seronok dengan bola sepak dan daripada segi permainan, kami ajar mereka supaya mereka memahami teknik asas permainan.

"Saya kongsi apa yang patut tahu berdasarkan pengalaman. Kami faham ketika di peringkat umur seperti ini akan mengambil masa untuk proses pembelajaran.

"Klinik seperti ini bagus untuk cungkil bakat-bakat baru," kata Zaquan.

Tambah Zafran selaku presiden Akademi S2 FC: "Ini tidak pernah berlaku di peringkat kelab. Terima kasih kepada Astro atas pendekatan yang baik ini.

"Bukan sahaja budak-budak tapi ibu bapa juga mengambil kesempatan untuk bertemu bekas pemain."

Dalam pada itu, tumpuan terarah kepada Shabaruddin Ali yang menghantar anaknya, Mohd Qaif Firas, menimba ilmu di akademi ini.

Menariknya, Qaif mempunyai kecacatan kekal selepas kehilangan mata kanannya akibat kanser ketika berusia setahun.

Namun, ia tidak menghalangnya untuk bersaing bersama rakan sebayanya dalam bola sepak.

"Kisah ini bermula pada 2017, anak saya dikesan menghadapi barah mata dan dinasihati oleh doktor pakar terpaksa dibuang supaya tidak menyakitkan yang sebelah pula.

 

 

 

 

"Tiada pilihan, walaupun dengan kimoterapi masih 50-50 jadi kami buang (matanya) supaya kesihatannya bertambah baik.

"Tidak terbayang hari ini dia boleh bermain bola sepak. Doktor mengesahkan dia istimewa sebab boleh bermain seperti orang normal," kata Shabaruddin.

Menurut Qaif pula: "Mula-mula rasa susah dan kawan-kawan tidak lagi ejek.

"Saya sangat gembira dapat berjumpa dengan bekas pemain Malaysia."

 

Nike

Sepak Padu Dengan Nike

Diskaun 30% dan ke atas untuk kasut Nike. Masa terhad, cepat dapatkan sekarang!


Grab Sekarang

Must Watch Video