Skip to main content

Sukan Asia

Impian berkecai, gangsa sukar ubati kekecewaan

zz
Advertisement

"Saya mahu menang pingat emas untuk Malaysia."

Kecewa kerana impian itu tidak kesampaian, air mata Rachel Arnold berlinangan ketika mengiringi kekalahannya dalam separuh akhir beregu campuran skuasy Sukan Asia Aichi-Nagoya, hari ini.

Advertisement

Rachel yang berganding bersama C. Ameeshenraj selaku pilihan kedua terpaksa berpuas hati dengan gangsa selepas tewas 0-2 kepada gandingan Hong Kong, Lai Cheuk Nam-Tse Yee Lam.

Perlawanan itu menyaksikan beberapa keputusan pengadil tampak tidak memihak gandingan negara.

Advertisement

Kekecewaan lebih dirasai selepas Ameeshenraj-Rachel mendahului set pertama 10-9, namun gagal menyempurnakan mata sebelum tewas 10-11.

Mereka kemudian hilang rentak dalam set kedua dan akhirnya kecundang 9-1, namun pencapaian ini lebih baik buat Rachel berbanding penyertaannya dalam temasya Hangzhou 2022.

"Keputusan pengadil bukan terletak di tangan kami.

"Kami tidak dapat mengetengahkan strategi yang tepat," kata Rachel.  

Tambah Ameeshenraj, 22: "Pengadil berdepan tanggungjawab yang besar.

"Apabila tiba detik getir tidak dapat buat keputusan tepat, ia memang mengecewakan tapi kami tidak boleh terbawa-bawa dengan emosi.

"Kami tidak selalunya seharusnya menyalahkan pengadil melain salahkan diri sendiri.

"Satu kekecewaan memandangkan kami menyasarkan emas berdasar kemampuan yang ada, tapi memenangi medal Malaysia masih memberi makna besar, apatah lagi dalam kemunculan pertama saya.

"Saya harap ia akan membuka laluan kepada banyak lagi kejayaan selepas ini."

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Related Topics

Must Watch Video