Skip to main content

Berita Sukan Am

Ilustrasi bertemakan sukan jadi pilihan Talk To My Manager 2

sds

Kemeriahan program hiburan Talk To My Manager musim kedua sudahpun bermula menerusi penyertaan 10 artis yang menguruskan perjalanan karier bakat muda yang merupakan anak mereka sendiri.

Penyertaan nama-nama besar seperti Nana Mahazan-Althea, Datuk Seri Vida-CikB, Linda Jasmine-Ratu, Azad Jasmin-Amarra juga Datuk A.Aida-Azeva berjaya mencuri perhatian rakyat Malaysia menerusi persembahan pembukaan mereka yang cukup mencuit hati, bertenaga juga penuh warna.

Advertisement

Namun apa yang menarik perhatian adalah tema yang dipilih pihak penerbitan TTMM 2 di mana ilustrasi grafik yang digunakan mereka adalah mengangkat tema sukan.

Pengunaan Artificial Intelligence (AI) ketika sesi 'Tugasan Mingguan' sebelum penghujung program memaparkan setiap peserta sedang beraksi dalam beberapa jenis sukan.

Antaranya CikB dalam sukan lawan pedang, Anggrek meniru gaya atlet gimnastik, Azeva lagak pemain tenis, Hussain miliki wibawa seperti pemain hoki ais, Ratu dengan gaya atlet ekuestrian, Fariedz Fazley dan sukan ragbi, Viviana seakan GK di dalam sukan bola jaring, Kim Khairi persis pemain bola sepak, Althea dengan keyakinan dalam sukan memanah juga Amarra dalam persalinan atlet taekwondo.

Semestinya tema sukan yang digunakan mampu lonjak motivasi mereka dalam merebut kejuaraan TTYM musim kedua.

Must Watch Video