JDT Racing Team melakar sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai juara keseluruhan kategori ASB1000 bagi musim FIM Asia Road Racing Championship (ARRC) 2026.
Kejayaan itu hadir selepas pasukan berkenaan menampilkan prestasi konsisten sepanjang musim, sekali gus memastikan gelaran kejuaraan keseluruhan buat kali pertama.
Saingan ARRC 2026 kini memasuki pusingan kelima (Round 5) yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (PETRONAS Sepang International Circuit), dengan kategori ASB1000 menjadi antara tumpuan utama.
Dalam sesi awal di Sepang, pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah, turut mencuri perhatian apabila mencatatkan masa terpantas untuk meletakkan dirinya di kedudukan teratas carta masa.
Dalam perlumbaan 1 pusingan kelima, Hafizh Syahrin memastikan dominasinya dalam kategori ASB1000 apabila menamatkan perlumbaan selaku juara.
Zaqhwan Zaidi dari Idemitsu Honda Racing Malaysia di tempat kedua sementara Keito Abe dari SDG HARC-PRO. HONDA PHILIPPINES melengkapkan podium.
Kejayaan merangkul gelaran Team Champion ASB1000 2026 menjadi pencapaian cukup bermakna buat pasukan berkenaan yang berjaya mengatasi cabaran persaingan sengit dalam kelas utama ARRC.
Lebih membanggakan, gelaran tersebut merupakan kejuaraan keseluruhan pertama JDT Racing Team dalam kategori ASB1000.