Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli, tidak bernasib baik apabila mengalami kemalangan sewaktu ujian kelayakan Grand Prix (GP) Amerika Syarikat (AS) semalam.
Ia, sekali gus menyaksikan pelumba kelahiran Terengganu yang mewakilli pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi itu gagal mencatatkan masa terbaik dan berada di kedudukan ke-25 keseluruhan.
Advertisement
Hakim Danish seperti hilang kawalan selepas melewati selekoh, dan terus tercampak daripada motorsikalnya.
A big crash for Hakim Danish 💥#USGP 🇺🇸 pic.twitter.com/CeT0MfdzxE
— MotoGP™🏁 (@MotoGP) March 28, 2026
Menjelang perlumbaan sebenar, Hakim dijangka akan memulakan perlumbaan di petak terakhir awal pagi esok.
Terdahulu, dia meraih enam mata - pertama dalam GP Brazil selepas berada di kelompok 10 terbaik di Litar Autodromo Internacional de Goiania dan mendaki tangga ke-13 secara keseluruhan selepas dua perlumbaan.