Skip to main content

Bola Sepak

Hairan! Tidak salam pengadil perlawanan, ketua jurulatih dilayang kad merah!

Hairan! Tidak salam pengadil perlawanan, ketua jurulatih dilayang kad merah!
Advertisement

Kemenangan 2-1 Galatasaray ke atas Samsunspor dalam aksi Liga Super Turkiye bertukar menjadi kontroversi apabila ketua jurulatihnya, Okan Buruk, dilayangkan kad merah sejurus wisel penamat dibunyikan.

Lebih mengejutkan, pengendali berusia 52 tahun itu bukan diarah keluar ketika perlawanan berlangsung, sebaliknya dikenakan kad kuning kedua oleh pengadil perlawanan, Ali Şansalan, hanya kerana didakwa tidak bersalaman dengannya.

Advertisement

Insiden berlaku di Stadium RAMS Park apabila Buruk memasuki padang untuk meraikan kemenangan bersama pemainnya.

Dalam suasana meraikan kejayaan itu, Buruk dilihat bersalaman dengan seorang pembantu pengadil sebelum berjalan melepasi Şansalan tanpa berjabat tangan dengan pengadil utama berkenaan.

Advertisement

Tindakan itu kemudian mencetuskan reaksi luar biasa apabila Şansalan segera mengeluarkan kad kuning kedua sebelum melayangkan kad merah kepada Buruk.

Buruk kelihatan terkejut dengan keputusan tersebut dan dilaporkan mempersoalkan tindakan pengadil berkenaan kerana tidak memahami kesalahan yang dilakukannya.

Keputusan itu turut membawa kesan kepada Galatasaray apabila Buruk terpaksa terlepas tugasan media selepas perlawanan, selain berdepan penggantungan di tepi padang bagi aksi derbi menentang Beşiktaş yang akan datang, jika keputusan layangan kad merah ini dikekalkan.

Kem Galatasaray bagaimanapun mempertahankan tindakan jurulatih mereka dengan menjelaskan bahawa Buruk hanya memberikan tumpuan kepada sambutan bersama pemain dan langsung tidak berniat untuk mempersendakan atau tidak menghormati pengadil.

Insiden itu turut mencetuskan perdebatan mengenai kewajaran tindakan Şansalan, memandangkan peraturan IFAB tidak menetapkan kewajipan khusus untuk jurulatih bersalaman dengan pengadil selepas perlawanan.

Bagaimanapun, pengadil mempunyai kuasa untuk memberikan amaran kepada pegawai pasukan atas tindakan yang dianggap menunjukkan sikap tidak hormat atau bantahan.

Dalam kes Buruk, rakaman menunjukkan beliau berjalan melepasi pengadil utama tanpa bersalaman, namun tidak membuktikan secara jelas sama ada tindakan itu disengajakan.

Galatasaray dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk mengemukakan rayuan terhadap kad merah berkenaan.

Apa yang sepatutnya menjadi malam meraikan tiga mata penuh akhirnya bertukar menjadi episod kontroversi buat Galatasaray.

Menang di atas padang, tetapi kehilangan ketua jurulatih di tepi padang -- semuanya gara-gara insiden yang bermula selepas wisel penamat.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Related Topics

Must Watch Video