Skip to main content

Golf

Golf: Sukma pentas akhir pemain golf remaja curi tumpuan

lll

Kejohanan Golf 100Plus MGA-NJDP Junior Series yang berlangsung dalam format empat siri sepanjang tahun membuka tirainya dengan perkembangan positif buat skuad elit Program Pembangunan Golf Remaja Kebangsaan (NJDP).

Selepas tamatnya siri pertama di Kelab Golf Kinrara, Puchong semalam, barisan pemain NJDP mempamerkan peningkatan prestasi yang lebih meyakinkan berbanding cabaran mereka dalam Sarawak Premier Cup sebelum ini.

Dengan berbaki tiga lagi siri, kejohanan ini terus menjadi medan penting untuk mengenal pasti potensi pemain muda, selain menjadi sebahagian daripada persiapan menghadapi Sukan Malaysia (Sukma).

Lebih jauh daripada itu, platform ini juga dilihat mampu melahirkan lebih ramai bakat baharu yang berpotensi menggalas cabaran negara di pentas antarabangsa, khususnya Sukan SEA 2027 di mana Malaysia bakal memegang watak penting selaku tuan rumah.

"Pemilihan atlet ke Sukan SEA telah dibuat dalam Premier Cup yang lalu. Andrew Yap dan Daren Lim merupakan wakil negara yang berpotensi.

"Sukma merupakan platfrom terakhir pemain NJDP untuk terpilih dalam kalangan 15 pemain lelaki dan 10 wanita untuk diserapkan dalam senarai panjang skuad kebangsaan.

"Semua pemain NJDP akan beraksi dalam Sukma," kata Pengerusi NJDP, Mohd Fauzi Mesran, di Nadi Arena. 
 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Related Topics

Must Watch Video