Skip to main content

Golf

Golf PKNS Selangor Masters: Niklaus Chiam lega kemarau empat tahun berakhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Nicklaus

Tanggal 14 Februari 2026 akan kekal dalam ingatan pemain golf profesional Singapura, Nicklaus Chiam.

Ini kerana Chiam menamatkan kemarau empat tahun kejuaraan di pentas profesional apabila menjuarai Kejohanan Golf PKNS Selangor Masters 2026 di Kelab Seri Selangor semalam.

Advertisement

Kemenangan sulung Chiam dalam kejohanan antarabangsa itu hadir dengan cara yang cukup dramatik, iaitu melalui three hole playoff.

Perebutan kejuaraan itu berlangsung secara tiga hala melibatkan Chiam dan pemain tempatan, Khavish Varadan, selain Wakil Thailand, Runchanapong Youprayong.

Selepas penyingkiran Youprayong, persaingan Chiam dan Varadan berakhir memihak pemain dari Singapura itu apabila menyempurnakan putting jarak 20 kaki, sekali gus mengukir sejarah peribadi di Kelab Seri Selangor.

"Ia sesuatu yang amat menyenangkan untuk dapat memenangi gelaran pertama dan teruja untuk melihat apa yang akan terjadi tahun ini," katanya kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis.

"Setiap pukulan akan memberikan peluang untuk mendapatkan hasil yang positif. Saya fikir itu perkara paling penting."

 

Topik Berkaitan

Must Watch Video