"Bukan dalam prestasi terbaik tapi saya masih berpuas hati."
Itu luahan pemain golf profesional negara, Sukree Othman, apabila mampu layak ke pusingan seterusnya dalam saingan PKNS Selangor Masters meskipun kondisi hayunannya merosot dan bukan di tahap sebenar.
Advertisement
Hasrat beraksi pada hari kedua dengan prestasi yang lebih bagus tidak kesampaian selepas melakukan 73 pukulan dengan dua di atas par.
Bagaimanapun, dia optimis peluang beraksi pada hari berikutnya akan digunakan sebaik mungkin untuk menamatkan kejohanan di kedudukan terbaik.
Sebelum memulakan aksi pada esok, fasa pemulihan dan tempoh berehat menjadi keutamaannya memandangkan faktor usia yang kian meningkat naik.
"Prestasi semalam sebenarnya lebih bagus terutama dalam sembilan lubang pertama yang menyaksikan saya melakukan satu 'eagle'
"(Prestasi) saya pada hari ini agak bergelut, dalam soal hayunan selain 'iron' juga tidak berapa bagus.
"(Mujur) putting saya OK dan keseluruhannya Alhamdulillah," katanya.