Susulan ketidakpuasan hati Indonesia selepas terdapat beberapa sukan utama mereka tidak disenaraikan di Sukan SEA Malaysia 2027.
Kini Persatuan Olahraga Dayung Seluruh Indonesia (PODSI) pula meluah rasa tidak puas hati terhadap tindakan SEAGF ketepikan mendayung dalam senarai 43 sukan dipertandingkan.
Dikatakan sebelum ini terdapat satu kata sepakat dari Majlis Olimpik Kebangsaan (NOC) dari Malaysia, Thailand dan Singapura mengenai perjuangan untuk memasukkan sukan itu bersama dengan beberapa sukan lain di Sukan SEA 2025, 2027 dan 2029.
Dikhabarkan juga Persekutuan Dayung Dunia (FISA) telah mengirimkan surat kepada Majlis Olimpik Malaysia (OCM) dan Persekutuan Dayung Asia (ARF) dikatakan meminta untuk adanya pertemuan bersama Malaysia untuk membincangkan perkara ini.