Tular baru-baru ini di media sosial apabila pemain Deportivo Alaves, Facundo Garces, kembali berada dalam 'career mode' dalam permainan video EA Sports FC 27 (FC27).
Namun, pemain pertahanan itu memegang status sebagai pemain kelahiran Argentina berbanding kewarganegaraan Malaysia dalam permainan video itu.
Selepas tamat penggantungan selama 12 bulan daripada FIFA, dia kembali dibawa masuk dan berada dalam 'career mode' dalam permainan video itu.
🔄 New Roster Updates in #FC27 ✅ ➕ 🇪🇸 Carvajal, 🇧🇷 Lino & 🇪🇸 Morales return, while 🇧🇷 Pedro makes his debut ❌ 🇧🇷 Paquetá, Luiz Henrique, Alex Sandro & 🇦🇷 Papu Gómez removed 🕊️ Jesús de Miguel also removed following his tragic passing 😢 Notable additions and removals 👇 https://t.co/nbRIUTY07z
— Career Mode Tracker (@cmtrackernet) November 3, 2026
Terdahulu, kemaskini di laman rasmi pengelola liga tertinggi Sepanyol, La Liga, pada Ogos lalu turut menunjukkan pemain berusia 26 tahun itu selaku rakyat Argentina.
Garces bersama enam lagi pemain -Hector Hevel, Gabriel Palmero, Jon Irazabal, Rodrigo Holgado, Joao Figuiredo, Imanol Machuca- terpalit dengan kes pemalsuan dokumen mewakili Harimau Malaya sebelum ini.
