Skip to main content

Bola Sepak

Georgina bakal terima elaun seumur hidup jika bercerai dengan Ronaldo

Georgina bakal terima elaun seumur hidup jika bercerai dengan Ronaldo

Georgina Rodríguez dilaporkan bakal menerima elaun bulanan seumur hidup sekitar EURO100,000 (RM472,000) serta sebuah vila mewah di Madrid sekiranya perkahwinannya dengan Cristiano Ronaldo berakhir dengan perceraian pada masa akan datang.

Menurut laporan Jornal de Notícias, Georgina tidak akan memperoleh separuh daripada keseluruhan kekayaan Ronaldo sekiranya mereka bercerai, sebaliknya kedua-duanya dikatakan mempunyai perjanjian praperkahwinan yang menetapkan setiap pihak mengekalkan aset yang didaftarkan atas nama masing-masing.

Namun, perjanjian itu dilaporkan memberikan beberapa manfaat besar kepada Georgina.

Antaranya, Georgina dikatakan akan menerima bayaran bulanan kira-kira EURO100,000 untuk seumur hidup, selain memperoleh hak milik terhadap vila mewah keluarga mereka di La Finca, salah satu kawasan kediaman paling eksklusif dan mahal di Madrid.

Laporan Marca pula mendakwa Georgina telah bersetuju dengan terma tersebut dan menandatangani perjanjian berkenaan sebelum perkahwinan.

Ini bermakna Georgina dilaporkan tidak mempunyai hak untuk menuntut pembahagian 50-50 terhadap aset yang dikumpulkan Ronaldo sepanjang karier bola sepak serta melalui pelbagai usaha perniagaannya.

Ronaldo ketika ini dianggap antara atlet terkaya di dunia dengan nilai kekayaan bersih yang dianggarkan melebihi EURO1 bilion.

Justeru, perjanjian berkenaan dipercayai bertujuan melindungi aset individu kedua-dua pihak, selain memberikan jaminan kewangan jangka panjang kepada Georgina sekiranya hubungan mereka berakhir.

Bagaimanapun, Ronaldo dan Georgina belum mengesahkan secara terbuka dakwaan mengenai kandungan perjanjian praperkahwinan tersebut.

Spekulasi mengenai pembahagian aset pasangan berkenaan turut menjadi perbincangan hangat dalam kalangan peminat di media sosial.

Dalam perkembangan berkaitan, Ronaldo dan Georgina dilaporkan berkahwin dalam satu majlis peribadi di sebuah vila berhampiran Lisbon pada 13 Ogos, dengan hanya empat saksi serta lima anak mereka hadir.

Bagaimanapun, ibu Ronaldo, Dolores Aveiro, dan tiga adik-beradiknya, Hugo, Elma serta Katia, dilaporkan tidak hadir pada majlis berkenaan.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video