Skip to main content

Badminton

Final Jelajah Dunia BWF: Pearly-Thinaah raih kemenangan pertama tumbangkan wakil China

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pearly thinaah

Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah meraih kemenangan pertama dalam Kejohanan Final Jelajah Dunia BWF 2025 apabila menumbangkan gandingan tuan rumah, Jia Yi Fa-Zhang Shi xian, di Hangzhou hari ini.

Turun selaku pilihan utama, wakil negara itu, yang masih segar dengan kejayaan meraih pingat Sukan SEA Filipina baru-baru ini, tenang mengikut rentak lawan dan sebaik kedudukan terikat 15-15, mereka mula memberikan tekanan sebelum memenangi set pertama 21-17.

Advertisement

Aksi dalam set kedua pula jelas menjadi milik Pearly dan Thinaah, di mana mereka berhasil mencatatkan kemenangan 21-11 selepas secara keseluruhan bertarung selama 46 minit.

Kemenangan itu menyaksikan mereka kini mengungguli saingan Kumpulan A menjelang aksi menentang wakil Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanashi, esok.

 

Must Watch Video