"Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.”
Selepas meraih tempat ketiga dalam kategori Asia Production 250cc (AP250) tahun lalu, The Pocket Rocket Boy, Muhammad Izam Ikmal Izamli, kini mengorak langkah baru beralih ke kategori supersports FIM Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC), SS600, musim ini.
Advertisement
Peralihan ke kategori lebih tinggi ini menyaksikan pelumba Victor Racing Team itu bakal berdepan cabaran hebat daripada pelumba Asia yang dikenali dengan prestasi konsisten.
Izam Ikmal kekal optimis di sebalik cabaran bukan mudah, persiapan sudah dilakukannya sebaik mungkin untuk dia mengadaptasi sebaiknya perlumbaan sirkit pertama hujung minggu ini.
"Saingan ARRC lebih laju berbanding MSBK (Malaysia Superbike Championship).
"Saya harap dapat segera menyesuaikan diri dan dapat bersaing untuk muncul juara keseluruhan," katanya di Nadi Arena.