Skip to main content

Bola Sepak

FIFA kata kes pemain dah selesai

Diarra

Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berkata telah menyelesaikan isu dengan bekas pemain tengah Perancis, Lassana Diarra, berkenaan kes hak perpindahan pemain.

Diarra telah menuntut ganti rugi sebanyak 65 juta Euro daripada FIFA dan Persatuan Bolasepak Diraja Belgium (RBFA) selepas Mahkamah Tertinggi Kesatuan Eropah (CJEU) memutuskan pada bulan Oktober bahawa beberapa peraturan badan bola sepak dunia melanggar undang-undang EU.

FIFA telah mendenda Diarra sebanyak 10 juta Euro selepas bekas pemain Arsenal, Chelsea dan Real Madrid itu meninggalkan Lokomotiv Moscow meskipun berbaki kontrak empat tahun pada tahun 2014.

"Berikutan perjanjian global yang telah dicapai, Lassana Diarra dan FIFA telah menyelesaikan semua prosiding undang-undang antara mereka," kata FIFA dalam satu kenyataan.

"FIFA tidak membuat sebarang pengakuan liabiliti mahupun pembayaran sebagai pampasan.

"FIFA tidak akan memberikan sebarang komen lanjut pada masa ini," katanya.

FIFA kemudiannya meminda beberapa peraturan perpindahan selepas keputusan CJEU, menggunakan rangka kerja sementara mengenai pengiraan pampasan yang perlu dibayar jika terdapat pelanggaran kontrak.

"Keputusan Diarra" sejak itu telah mendorong kira-kira 20 kesatuan pemain kebangsaan Eropah untuk mengikrarkan sokongan mereka kepada FIFA.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video

Advertisement